Next level of selling cabinets.

Design, quotation dan booking dalam satu site visit.

CBNXT bantu sales kabinet tunjuk anggaran design 2D/3D, keluarkan quotation berlogo dan terima booking terus di rumah customer. Tak perlu tunggu seminggu. Customer tak sempat survey kedai lain.

  • Design 2D/3D keluar dalam minit
  • Quotation siap di rumah customer
  • Sign & scan QR booking terus
  • Job terus masuk board kilang

Bukan harga yang buat anda kalah. Masa menunggu.

Setiap hari customer menunggu design dan harga, peluang closing makin kecil. Syarikat yang paling laju beri design dan harga biasanya yang dapat booking.

Quotation lambat

Sales ukur hari ni, quotation keluar minggu depan. Masa tu customer dah dapat harga kedai lain.

3D ambil masa seminggu lebih

Customer tak dapat bayangkan hasil akhir. Bila design sampai, mood dah hilang.

Booking bertangguh

"Nanti saya transfer." Tanpa cara bayar terus, booking hari ini jadi minggu depan, atau tak jadi langsung.

Lepas booking, kilang menunggu

Maklumat job tersekat di phone sales. Bos kena tanya satu-satu untuk tahu status.

Seminggu menunggu, atau satu lawatan.

Bezanya bukan pada kerja yang dibuat, tapi bila ia siap. CBNXT buat semuanya berlaku masa sales masih di rumah customer.

Cara biasa

  1. Hari 1Sales datang ukur
  2. 2–5 hariQuotation dihantar di WhatsApp
  3. 7–10 hariBaru dapat 3D design
  4. Sementara tuCustomer survey kedai lain

Dengan CBNXT satu lawatan

  1. 1Check-in, ukur dan pilih modul
  2. 2Anggaran design 2D/3D keluar, customer pusing & tukar warna
  3. 3Quotation berlogo keluar ikut rate card
  4. 4Customer sign di phone sales
  5. 5Bayar booking dengan scan DuitNow QR
  6. 6Job terus masuk board kilang

Gambaran aliran kerja. Masa sebenar bergantung pada saiz job dan cara team anda bekerja.

Satu job, dari site visit sampai kunci diserah

CBNXT ikut cara kerja syarikat kabinet. Setiap job bermula dengan site visit, dan setiap langkah selepas tu bersambung dalam sistem yang sama.

  1. 1

    Ukur & design

    Sales check-in, key in ukuran dan modul di phone. Anggaran design 2D/3D keluar untuk customer pusing dan cuba warna.

  2. 2

    Harga keluar

    Quotation dikira ikut rate card syarikat. Guna preset untuk job biasa. PDF berlogo atau link online.

  3. 3

    Sign & booking

    Customer sign di phone sales dan scan DuitNow QR. Bos dapat alert Telegram untuk sahkan bayaran.

  4. 4

    Production

    Job terus masuk board kilang. Customer boleh semak status projek di link yang sama.

  5. 5

    Handover

    Customer sign handover di phone installer. Sijil warranty dan link Google Review terus diberi.

Setiap ciri buat job bergerak lebih laju

Semua ciri dibuka semasa trial 14 hari. Ciri bertanda Growth, Pro atau Advance ada dalam pakej tersebut ke atas.

Sell

Semua yang sales perlukan untuk closing dalam satu lawatan.

Today

Senarai kerja hari ini untuk setiap sales: site visit, follow-up dan booking yang belum dibayar.

Sales

Site visit & check-in

Temujanji dengan pin lokasi customer. Check-in sekali tekan rekod masa dan jarak dari rumah customer.

SalesBos

Anggaran design 2D/3D

Lukisan auto dari item quotation. Customer pusing model 3D dan cuba warna. Ikut keluar dalam PDF dan link.

AdvanceSalesCustomer

Quotation & preset

Kira ikut rate card syarikat. Preset untuk job biasa, contohnya kitchen L standard, siap dalam beberapa tekan.

Sales

Link quotation

Customer buka di phone, sign terus, atau sign di phone sales masa site visit. Anda nampak bila ia dibuka.

SalesCustomer

Bayar booking dengan QR

DuitNow QR syarikat anda dalam link quotation. Customer tekan "dah bayar", bos dapat alert untuk sahkan.

CustomerAdmin

Deliver

Lepas booking, job bergerak tanpa perlu bertanya.

Board projek

Semua job dari 3D design, production sampai installation dalam satu board.

GrowthAdminKilang

Status job untuk customer

Link yang sama jadi page status projek dan rekod bayaran. Kurang call "dah sampai mana?".

GrowthCustomer

Variation order

Tambah atau kurang kerja di phone. Customer sign, jumlah projek dan bayaran akhir dikemas kini.

GrowthSales

Akaun installer

Installer nampak job hari ini, alamat, Waze dan checklist. Tiada harga dipaparkan.

GrowthInstaller

Handover & warranty

Customer sign handover di phone installer. Sijil warranty digital keluar terus.

GrowthInstallerCustomer

Google Review

QR dan link review Google syarikat anda diberi masa handover, dengan peringatan selepas 3 hari.

GrowthBos

Money

Setiap ringgit masuk direkod, setiap komisen dikira.

Booking & bayaran

Booking hari ini atau deposit 30% kemudian. Jadual bayaran ikut jenis client, terus dalam PDF.

AdminAkaun

Invoice, resit & WhatsApp

Invoice dan resit berlogo. Selepas bayaran disahkan, resit dihantar ke WhatsApp customer satu tekan.

GrowthAdmin

Komisen

Kadar komisen dan override ikut tier yang anda tetapkan.

GrowthBosAkaun

Papan SPEED

Purata masa site visit ke quotation ke bayaran, untuk setiap sales. Tahu siapa paling laju.

ProBos

Setup

Sistem ikut jenama dan cara kerja syarikat anda.

Profile syarikat

Logo, warna, akaun bank, DuitNow QR dan terma yang muncul dalam setiap dokumen.

Admin

Staff & akses

Username sendiri untuk setiap staff. Sales nampak job sendiri, installer tanpa harga.

Admin

Telegram

Alert bila customer sign, bayar atau check-in, dan ringkasan follow-up setiap pagi.

GrowthBos

Pilih pakej ikut cara syarikat anda bekerja

Trial 14 hari buka semua ciri untuk seluruh team. Lepas trial, pilih pakej. Pakej tahunan bayar untuk 10 bulan sahaja.

Starter

Untuk team kecil yang baru nak tersusun.

Harga Founding Partner
RM199RM159/bulan
  • 2 user termasuk
  • Tambah user RM89/bulan seorang
  • Today, site visit & check-in GPS
  • Quotation, preset & PDF berlogo
  • Link quotation: sign di phone & DuitNow QR
  • Booking & rekod bayaran
  • Yuran setup RM500, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma

Growth

Untuk syarikat dengan beberapa sales dan team kilang sendiri.

Harga Founding Partner
RM379RM299/bulan
  • 5 user termasuk
  • Tambah user RM149/bulan seorang
  • Semua dalam Starter
  • Board projek & status job untuk customer
  • Handover, warranty & Google Review
  • Variation order & akaun installer
  • Invoice, resit & komisen
  • Alert Telegram & ringkasan pagi
  • Yuran setup RM1,500, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma

Pro

Untuk syarikat besar dengan banyak sales dan cawangan.

Harga Founding Partner
RM999RM799/bulan
  • 8 user termasuk
  • Tambah user RM199/bulan seorang
  • Semua dalam Growth
  • Papan SPEED & laporan sales
  • Sokongan keutamaan
  • Yuran setup RM3,000, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma
Jual design

Advance

Untuk syarikat yang nak jual design, bukan harga per kaki.

Harga Founding Partner
RM1,899RM1,499/bulan
  • 10 user termasuk
  • Tambah user RM249/bulan seorang
  • Semua dalam Pro
  • Lukisan auto 2D/3D masa site visit
  • Design dalam PDF & link quotation
  • Cut list automatik (akan datang)
  • Yuran setup RM4,000, sekali sahaja
Cuba 14 hari percuma

CBNXT Custom

Sistem dibina ikut flow syarikat anda sendiri: borang, peringkat kerja, dokumen dan laporan yang khusus untuk cara team anda bekerja.

BermulaRM4,999ikut skop
Bincang skop di WhatsApp

Harga Founding Partner untuk 10 syarikat pertama yang langgan: jimat 20% untuk 12 bulan pertama, tambah sales page percuma bernilai RM2,500.

Pakej bulanan ada komitmen minimum 6 bulan. Pakej tahunan bayar untuk 10 bulan sahaja. Yuran setup merangkumi setup rate card, profile syarikat dan training staff.

Lepas trial 14 hari, workspace jadi read-only sehingga pakej dipilih. Data anda tak dipadam.

Founding Partner

Sales page percuma bernilai RM2,500

Untuk 10 syarikat kabinet pertama yang langgan CBNXT. Kami bina sales page untuk syarikat anda dan setting supaya setiap lead terus masuk ke Telegram.

  • Sales page ikut jenama syarikat
  • Borang leads untuk customer
  • Leads terus masuk ke Telegram
  • Kami setup, anda terus guna
10 slot sahaja. Bila penuh, tawaran ditutup.
kabinet-anda.my Dapatkan sebut harga Nama No. telefon Hantar Leads CBNXT Lead baru Puan Aina012-xxx xxxxKitchen cabinet Lead baru #2 2

Soalan yang selalu ditanya

Lukisan 3D tu tepat ke?

Ia anggaran design supaya customer dapat bayangkan hasil akhir. Ukuran, susunan modul dan warna sebenar disahkan semula selepas booking, sebelum production.

Bayaran QR masuk akaun siapa?

Terus ke akaun bank syarikat anda. CBNXT tak pegang duit customer. Admin sahkan bayaran dalam sistem selepas semak akaun.

Customer kena download app ke?

Tak perlu. Customer buka link quotation di phone untuk tengok design, sign, bayar booking dan semak status projek.

Perlu install apa-apa?

Tak perlu. CBNXT dibuka di browser, di phone, tablet atau laptop. Anda juga boleh tambah ke home screen supaya ia dibuka macam app.

Harga kabinet kami lain dari syarikat lain. Boleh guna?

Boleh. Rate card anda sendiri yang tentukan harga: jenis kabinet, kadar per kaki, add-on dan diskaun. Quotation dikira ikut rate card tu.

Apa jadi lepas 14 hari percuma?

Workspace jadi read-only. Anda masih boleh log masuk dan tengok semua data, tapi tak boleh tambah atau ubah. Pilih pakej untuk sambung. Data tak dipadam.

Apa beza Starter, Growth, Pro dan Advance?

Starter untuk jualan: site visit, check-in, quotation, link, QR booking dan rekod bayaran, dengan 2 user. Growth tambah board projek, status job, variation order, akaun installer, handover dengan warranty dan Google Review, invoice, komisen dan Telegram, dengan 5 user. Pro tambah papan SPEED dan laporan, dengan 8 user. Advance tambah lukisan auto 2D/3D, dengan 10 user. Kalau tukar pakej, data anda kekal.

Kalau team lebih ramai dari had user?

Tambah user ikut keperluan: RM89 seorang sebulan untuk Starter, RM149 untuk Growth, RM199 untuk Pro dan RM249 untuk Advance. Admin boleh tambah terus dari dalam sistem bila had user penuh.

Berapa ramai staff boleh guna semasa trial?

Sehingga 10 staff, supaya seluruh team boleh cuba aliran penuh dari site visit sampai installation.

Data kami selamat?

Setiap staff log masuk dengan username sendiri, dan admin tentukan akses setiap orang. Setiap perubahan penting direkod dalam audit log. Data disimpan di pelayan Cloudflare, dan setiap syarikat ada workspace yang berasingan.

Macam mana nak bayar?

Melalui FPX (online banking) atau bank transfer. Invoice dan resit dihantar untuk setiap bayaran.

Boleh customer tengok quotation online?

Boleh. Hantar link quotation melalui WhatsApp. Customer buka di phone, dan anda nampak bila dan berapa kali ia dibuka.

Jadi syarikat kabinet paling laju di kawasan anda.

Daftar dalam 2 minit. Masukkan rate card anda, buat satu site visit, dan tengok design, quotation dan booking keluar dalam satu lawatan.

Cuba 14 hari percuma