Bila saya perlu bayar?
Hanya bila trial 14 hari tamat dan anda pilih pakej. Kami hantar invoice, dan workspace dibuka semula sebaik bayaran disahkan.
Macam mana nak bayar?
Melalui FPX (online banking) atau bank transfer. Invoice dan resit dihantar untuk setiap bayaran.
Apa maksud komitmen minimum 6 bulan?
Untuk pakej bulanan, langganan berjalan sekurang-kurangnya 6 bulan. Pakej tahunan dibayar sekali untuk 12 bulan dan anda bayar untuk 10 bulan sahaja.
Boleh tukar pakej kemudian?
Boleh. Naik pakej atau tambah user bila-bila masa dari dalam sistem. Data anda kekal, dan yuran setup tak dikenakan lagi.
Apa syarat Founding Partner?
10 syarikat pertama yang mula langgan dapat harga Founding Partner (jimat 20%) untuk 12 bulan pertama, dan sales page percuma bernilai RM2,500 siap setting leads masuk ke Telegram. Bila 10 slot penuh, harga biasa digunakan.
Apa jadi kalau tak sambung langganan?
Workspace jadi read-only. Anda masih boleh log masuk dan tengok semua data. Data tak dipadam.
Apa beza Advance dengan Pro?
Advance ada semua ciri Pro, ditambah lukisan auto 2D/3D masa site visit: customer nampak anggaran design kabinet dia dalam link dan PDF quotation sebelum bayar booking. Cut list automatik untuk kilang akan ditambah dalam Advance.
Bila patut pilih CBNXT Custom?
Bila flow syarikat anda sangat berbeza, contohnya peringkat production sendiri, dokumen khas atau laporan untuk pengurusan. Kami bincang skop dulu sebelum bagi sebut harga.